Tentang ORIM

ORIM (Online Resources IKRAM Musleh)

IKRAM Musleh adalah sebuah institusi yang memberikan fokus kepada pendidikan di bawah naungan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berorientasikan dakwah, tarbiah dan kebajikan. IKRAM adalah sebuah organisasi holistik, yang bercita-cita untuk menyebarkan Islam yang sebenar dan menyeluruh kepada masyarakat umum di Malaysia.

Online Resources IKRAM Musleh (ORIM) dilancarkan pada tahun 2019. Idea untuk mewujudkan ORIM tercetus untuk memberi kemudahan kepada guru-guru mendapatkan bahan pengajaran supaya PdP di dalam kelas lebih menyeronokkan. ORIM adalah inisiatif Pendidikan IKRAM Musleh untuk guru-guru dan murid-murid mendapatkan bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara atas talian dengan mudah dan komprehensif

Idea ini lebih terserlah semasa PKP, apabila sekolah ditutup, guru-guru dan murid-murid tidak dapat ke sekolah. Maka, ORIM akan menjadi one-stop-center bagi guru-guru mendapatkan bahan dan idea untuk PdP. Inilah hasrat kita di dalam Pendidikan IKRAM Musleh. 

Berdasarkan konsep Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21), PdP tidak lagi hanya dilaksanakan di dalam kelas, tetapi ianya juga boleh dilaksanakan di rumah atau di mana-mana sahaja. Bagi warga pendidik pula, mereka boleh meluangkan masa mengikuti pembelajaran secara dalam talian untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang terkini. 

Hasrat ORIM

  • Memantapkan pengurusan dan kepimpinan yang berkualiti.

  • Memantapkan penguasaan ilmu dengan mengamalkan budaya belajar sepanjang hayat.

  • Meneruskan kecemerlangan dengan mewujudkan budaya saing yang sihat.

  • Melahirkan murid yang serba boleh dan berfikiran bijak.

  • Pasukan Sokongan Khas untuk Para Pendidik

  • Kandungan Kurasi Pakar

  • Pembaharuan Berterusan